Wednesday, June 15, 2011

Mari Lah Kita Fikir-Fikir Sejenak Wahai Sahabatku


Sejenak mengimbas
Pesanan Sayidina Ali
‘Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga’
Lantas manusia berfikir
Bait-bait kata Imam Ghazali cuba ditafsir
‘Ada manusia yang sedang ketawa ria,
Sedangkan kain kafannya sedang di robek-robekan’
Semalam hanya sejarah di pentas kehidupan
Dan hari ini terus ligat berputar
Esok dan lusa kian menapak lagi
Semakin hampir pada tarikh kematian yang telah dijanjikan…


Umur itu amanah !
Kita bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik
Walaupun taqwanya melimpah ruah
Kita bukan Umar al-Khattab
Tegar memukul diri walaupun sedikit berdosa
Kita juga bukan umpama Rabiyahtul Adawiyyah
Sentiasa berkata ‘sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi’
Di mana status kita?


Teringat tulisan pujangga
Kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya
Bersatu kita hidup untuk mengingati mati
Ingat mati mampu menjauhi segala derita
Semoga dikurniakan umur yang bermanfaat
Rezeki yang halal dan ilmu yang berguna
Kehidupan yang dirahmati dunia dan akhirat

No comments:

Post a Comment